Terrapene ornata luteola
Kura-kura Katup Gurun | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Suborder: | Cryptodira |
Superkeluarga: | Testudinoidea |
Keluarga: | Emydidae |
Genus: | Terrapene |
Spesies: | |
Subspesies: | T. o. luteola
|
Nama trinomial | |
Terrapene ornata luteola H.M. Smith & Ramsey, 1952
| |
Sinonim[1] | |
|
Terrapene ornata luteola juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Gurun ialah subspesies kura-kura yang berasal dari barat daya Amerika Syarikat dan utara Mexico. Haiwan ini bersifat kedaratan dan kadangkala berada di dalam air. Mereka aktif pada penghujung bulan Jun atau awal Julai sehingga Oktober, dan bertambah aktif pada bulan Julai dan Ogos.[2]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri morfologi kura-kura ini ialah bentuk cangkerangnya yang boleh menutup keseluruhan bahagian lembut badannya. Karapasnya (cangkerang belakang) mengandungi kepingan skut yang membentuk keseluruhan cangkerang. Sangkar rusuknya bersambung dengan tulang belakang menjadikan ia berbeza berbanding kura-kura akuatik yang lain.[3]
Plastronnya (cangkerang hadapan) memiliki engsel yang membolehkan ia memasukkan kepala dan seluruh kakinya kedalam cangkerang (Gambar 1).[3]
Kura-kura ini juga memiliki garisan kuning pada bahagian karapasnya. Plastron pula berwarna coklat dengan tompokan kuning, dengan kepala dan kakinya yang berbelak. Sesetengah kura-kura jantan memiliki kepala berwarna hijau.[4] Warna pada badannya menyerupai warna permukaan tanah di kawasan gurun menjadikan ia satu penyamaran yang baik. Kebanyakan kura-kura jantan mempunyai mata berwarna merah. Kura-kura jantan memiliki lekuk pada bahagian perut, berekor tebal dengan kloakanya di hujung ekor. Kaki belakang lebih panjang, kukunya panjang dan melengkung memudahkan ia mencengkam kura-kura betina semasa proses mengawan. Walaupun anatomi badannya menyerupai kura-kura air tawar, namun ia tidak berhibernasi di dalam air seperti kura-kura akuatik yang lain.[3]
Panjang kura-kura dewasa sekitar 125–130 mm, di mana kura-kura betina lebih panjang berbanding jantan. Manakala usianya boleh mencecah sehingga 30 ke 40 tahun.[2]
Taburan geografi
[sunting | sunting sumber]Haiwan ini boleh ditemui di sepanjang tengah Amerika Utara sehingga ke barat kaki bukit Pergunungan Rocky, Mexico Utara dan selatan Texas. Mereka biasanya ditemui di bahagian barat daya, termasuklah New Mexico, wilayah Trans-Pecos, Texas atau dikenali sebagai wilayah “Big Bend” Texas, tenggara Arizona, Sonora dan Chihuahua di Mexico, sehingga utara Mexico.[2] Haiwan ini sentiasa bergerak dalam kawasan yang kecil, menjadikan ia cenderung pulang ke tempat asalnya.[5]
Habitat
[sunting | sunting sumber]Haiwan ini berasal dari barat daya Amerika Syarikat dan utara Mexico. Menjadikan kawasan padang rumput kering dan tanah gersang sebagai habitat, tidak seperti kura-kura Amerika Utara yang lain. Mereka memilih kawasan tandus, prairie terbuka sebagai tempat tinggal yang dipenuhi tumbuhan yucca.[2] Mereka juga tidak bergerak jauh dari lokasi habitat memudahkan mereka mengawasi sekeliling, mendapatkan perlindungan dari pemangsa dan musim sejuk[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Fritz, Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 201. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c d Germano, David J. (2014). Activity, Growth, Reproduction and Population Structure of Desert Box Turtles (Terrapene ornata luteola) at the Northern Edge of Chihuahuan Desert. Chelonian Conservation and Biology. Vol 13: Iss 1. Archived from the original. Retrieved 4 June 2018.
- ^ a b c d Dodd, C. Kenneth. (2001). North American Box Turtles: A Natural History. University of Oklahoma Press. Vol 6. Archived from the original. Retrieved 4 June 2018.
- ^ Ward, Joseph P. (1978). Terrapene ornata (Agassiz) Ornate box turtle. The Society for the study of Amphibians and Reptiles. Vol. 217. Archived from the original. Retrieved 8 June 2018.
- ^ Refsnider, Jeanine M., Strickland Jeramie, and Janzen, Fredric J. (2011). Home Range and Site Fidelity of Imperiled Ornate Box Turtles (Terrapene ornata) in Northwestern Illinois. Chelonian Conservation and Biology. Vol. 11: pp. 78–83. Archived from original 9 June 2018.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- van Dijk, P.P. and Hammerson, G.A. (2011) Terrapene ornata. IUCN Red List of Threatened Species. Archived online 9 June 2018.
- http://www.reptilefact.com/dmca-take-down-notice. (2018). Ornate Box Turtle Range. Archived online 9 June 2018
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Terrapene ornata luteola |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Terrapene ornata luteola |